Perbincangan Kerjasama Strategik bersama Persijilan Kompetensi Huawei

Pihak Pengurusan ILP Pedas bersama tenaga pengajar Bidang Telekomunikasi telah mengadakan Perbincangan dan Lawatan di Huawei Malaysia Global Training Centre, Cyberjaya bersama Pengarah Latihan (Global), Mr Larry dan pengurusan latihan Huawei pada 14 Ogos 2024. Antara agenda perbincangan adalah untuk mengenalpasti Persijilan Kompetensi yang dikeluarkan oleh pihak Huawei khususnya dalam bidang ICT Networking dan Telekomunikasi. Pihak Huawei telah bersetuju mengadakan kerjasama bagi pelaksanaan latihan Persijilan Kompetensi Huawei mengikut program yang bersesuaian di ILP Pedas sebagai salah satu nilai tambah kepada pelajar-pelajar bidang Telekomunikasi. Kandungan program akan dibincangkan secara lanjut antara Huawei dan ILP Pedas.

Lawatan Zhejiang Institute of Mechanical and Electrical ke ILP Pedas

ILP Pedas telah menerima kunjungan dari Zhejiang Institute of Mechanical and Electrical Technician (ZIMET) China hari ini bagi melihat peluang kerjasama berkaitan TVET yang berpotensi untuk dilaksanakan. Lawatan ini dikendalikan oleh Tang Chinese Education & Technology (Malaysia) Sdn. Bhd. (TANG) yang merupakan rakan strategik ZIMET yang menguruskan kerjasama Antarabangsa. Untuk makluman, ZIMET merupakan salah satu institusi TVET Awam di China di bawah Kementerian Sumber Manusia China yang menawarkan program TVET bagi melahirkan juruteknik tempatan di negara tersebut melalui lebih 30 program ditawarkan dengan jumlah enrolmen 30,000 setahun. Pada tahun ini, ZIMEC telah mendapat kelulusan kementerian China untuk melaksanakan program pengantarabangsaan dengan negara rakan strategik dalam bidang TVET yang bersesuaian. Penyelarasan lanjut berkaitan kerjasama akan diselaraskan oleh pihak TANG dan akan dimaklumkan kemudian.

Program hari ini juga telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ropiagos Bin Taha, KP JTM dan turut dihadiri oleh Pengarah BKT En Abdul Halim. Terima kasih Datuk KP diatas kesudian untuk sama-sama hadir pada hari ini.

Program CSR Wira Kesuma

Program CSR Wira Kesuma ILP Pedas telah dijalankan di JPKK Kampung Tanjung Sena, Rembau pada 10 Ogos 2024. Seramai 6 orang pelajar diiringi 2 staf ILP Pedas terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti mengutip sampah dan membersihkan kawasan kampung.

Program Peneraju Skil Pneumatic dan Electro-Pneumatic di bawah tajaaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Seramai 3 orang pelajar-pelajar dari Universiti telah mengikuti Program Peneraju Skil Pneumatic dan Electro-Pneumatic di bawah tajaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dari 1 hingga 8 Ogos 2024.

Program ini telah mempelajari Characteristics, Application, Development and Troubleshooting of Pneumatic dan Electro-Pneumatic.

Kepada yang berminat, boleh mohon kursus ini di bawah tajaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dalam link diberikan.

Program Peneraju Skil Pneumatic dan Electro-Pneumatic di bawah tajaaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Seramai 4 orang pelajar-pelajar dari Universiti telah mengikuti Program Peneraju Skil Pneumatic dan Electro-Pneumatic di bawah tajaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dari 27 Jun 2024 hingga 6 Julai 2024.

Program ini telah mempelajari Characteristics, Application, Development and Troubleshooting of Pneumatic dan Electro-Pneumatic.

Kepada yang berminat, boleh mohon kursus ini di bawah tajaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dalam link diberikan.

Link permohonan: https://bit.ly/pneumatikilppedas

Jawatankuasa Komuniti Bil. 2 Tahun 2024

Mesyuarat Jawatankuasa Komuniti Bil. 2/2024 telah diadakan pada 3 Julai 2024. Wakil daripada agensi kerajaan di kawasan Rembau turut menghadiri mesyuarat ini.

Antaranya adalah Jabatan Pendidikan Rembau, IPD Rembau, AADK Rembau, Jabatan Penerangan Rembau, Pejabat Kesihatan Rembau, JHEAINS Rembau, KEMAS Rembau, Majlis Belia Rembau dan Rumah Kanak-kanak Rembau.

Perbincangan mesyuarat ini bagi membincangkan aktiviti komuniti dan mempromosikan institut kepada komuniti setempat. Ahli mesyuarat juga dibawa ke bengkel latihan bagi memperkenalkan kursus yang ditawarkan di institut ini.

Kursus Simulation using Solidworks di bawah Program TOT Industry4wrd Tahun 2024

Seramai 16 orang tenaga pengajar ILJTM telah menyertai Kursus Simulation using Solidworks di bawah Program TOT Industry4wrd tahun 2024 anjuran bawah ILP Pedas.

Kursus ini dijalankan selama 5 hari dari 24 Jun – 28 Jun 2024 dengan pengajar dari Certified IME Trainer UTEM.

Diharapkan kursus dapat meningkatkan kemahiran pengajar ILJTM dan membantu proses pembelajaran dan pengajar di institut.

Kursus Basic Video Editing sempena National Training Week

Bersempena dengan National Training Week, ILP Pedas telah menawarkan Kursus Basic Video Editing secara PERCUMA pada 28 Jun 2024.

Seramai 15 orang peserta dari komuniti Rembau telah menyertai kursus ini. Melalui kursus ini, peserta didedahkan tentang teori dan amali bagi penghasilan video yang kualiti dengan menggunakan aplikasi capcut.

Kursus Asas Fiber Optik sempena National Training Week

Bersempena dengan National Training Week, ILP Pedas telah menawarkan Kursus Asas Fiber Optik secara PERCUMA pada 27 Jun 2024.

Seramai 26 orang peserta dari Juruteknik Komputer Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menyertai kursus ini. Melalui kursus ini, peserta didedahkan tentang teori dan amali bagi kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan Fiber Optik.

Skip to content