Malaysia International Metalworking, Machine Tool & Engineering Exhibition (MTE 2023)

Malaysia International Metalworking, Machine Tool & Engineering Exhibition (MTE 2023)

Tarikh dikemaskini : 27-05-2023 Oleh: Tc. Isyammudin

Institut Latihan Perindustrian Pedas telah menerima penghargaan sebagai rakan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Machinery & Equipment Productivity Nexus (MEPN) semasa pelancaran Seminar on Process Improvement & Technology sempena Malaysia International Metalworking, Machine Tool & Engineering Exhibition (MTE 2023) yang berlangsung pada 25 Mei 2023.
Program yang telah dilaksanakan bermula Mac 2022 – November 2022 merupakan pilot projek bagi Process Improvement Program Through Technology yang melibatkan penglibatan Institusi TVET, rakan industry serta MPC dan MEPN. Tahniah juga diucapkan kepada Puan Norhidayati binti Nordin di atas pengiktirafan sebagai GEMBA Leader yang turut menerima sijil penghargaan dan Productivity Champion. Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh YBrs Dr. Mohamad Norjayadi Tamam, Pengarah Productivity & Competitiveness Development (PCD), MPC.


𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓

 
Skip to content