Majlis Penyerahan Gelanggang Sukan dan Infrastruktur

Majlis Penyerahan Siap Kerja

28 Oktober 2021 (Khamis) - Isyammudin Ismail

Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf dan Memulihara Kemudahan dan Infrastruktur di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, Negri Sembilan.

Majlis bermula dengan pihak kontraktor Johol Engineering & Civil Works menyerahkan  kepada pihak JKR yang diwakili oleh Y.Bhg Ir. Mohd Faried Bin Isa, Jurutera Daerah, JKR Rembau, kemudian diserahkan pula kepada Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas Encik Noor Ariffin Bin Mohd Arif. Turut hadir  Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Kewangan Sumber Manusia (KSM), Puan Syazahanie Izzati Binti Rosidi mewakili Kementerian Sumber Manusia (KSM), Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Tn. Hj. Mohd Abd Fatah dan juga Ts. Dr. Nora.

Projek ini berjaya disiapkan pada 26 Julai 2021. Kos pembinaan dapat dijimatkan kira-kira RM 35 ribu.

Skip to content