𝑲𝒖𝒓𝒔𝒖𝒔 𝑪𝑵𝑪 𝑴𝒊𝒍𝒍𝒊𝒏𝒈 𝑶𝒑𝒆𝒓𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 (𝑷𝒉𝒚𝒔𝒊𝒄𝒂𝒍) 𝑺𝒌𝒊𝒎 𝑷𝒆𝒓𝒌𝒆𝒔𝒐 𝑺𝑰𝑷 𝒅𝒊 𝑨𝑫𝑻𝑬𝑪 𝑱𝑻𝑴 𝑲𝒂𝒎𝒑𝒖𝒔 𝑷𝒆𝒅𝒂𝒔

24 hingga 28 Februari 2025 | Seramai 1 orang peserta telah menyertai Kursus CNC Milling Operation (Physical) di Adtec JTM Kampus Pedas di bawah Program Kursus Jangka Pendek Skim Perkeso SIP tahun 2017 anjuran Adtec JTM Kampus Pedas.

Kursus ini berjalan selama 5 hari bermula 24 hingga 28 Februari 2025 oleh 2 orang tenaga pengajar dari Teknologi Pembuatan (Pemesinan) Adtec JTM Kampus Pedas. Kursus ini merupakan modul utama dan diharapkan kursus ini dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan mesin CNC Milling.

“𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔”

“𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏”

#KSM #JTM #ILJTM #ILPPEDAS #TVET #TVETMalaysia #EmpoweringPeople

##AdvancingNation #LifelongLearning #SkillsMalaysia #JomMasukILPPEDAS

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐔𝐌𝐀 – 𝐂𝐒𝐑 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃

28 Februari 2025 | ADTEC JTM Kampus Pedas telah menggerakkan pasukan Wira Kesuma ADTEC JTM Kampus Pedas bersama-sama berganding bahu bersama komuniti kariah masjid, bergotong royong membersihkan Masjid Eusoff Teh. Program CSR ini telah berjalan dengan lancar pada 28 Februari 2025, melibatkan 10 org pelajar dan kakitangan ADTEC JTM Kampus Pedas. Team ADTEC JTM Kampus Pedas bertungkus lumus membersihkan kawasan dalam dan persekitaran masjid. Gotong royong ini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwah, bahkan dapat mendekatkan anak- anak remaja menjadi rakan masjid.

“𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔”

“𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏”

#KSM #JTM #ILJTM #ILPPEDAS

#TVET #TVETMalaysia

#EmpoweringPeople

#AdvancingNation

#LifeLongLearning

#SkillsMalaysia

#JomMasukILPPEDAS

#Jompergimosojid

#jheains

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐝𝐚𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐒𝐒𝐌) 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧.

27 Februari 2025, Pihak ADTEC JTM Kampus Pedas telah mengadakan Program Pendaftaran Perniagaan pelajar bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Sembilan dari jam 8.00 pagi sehingga jam 4.30 petang anjuran Bahagian Pengajian Umum ADTEC JTM Kampus Pedas.

Pendaftaran perniagaan menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) ini ditawarkan secara percuma kepada pelajar yang terlibat.

Untuk makluman, skim ini diuruskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menggalakkan pelajar IPT sepenuh masa terlibat dalam perniagaan dan mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Pelajar mendaftar perniagaan mereka menerusi Portal EzBiz Online.

“Empowering Skills, Igniting Futures”

“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

#KSM #JTM #ILJTM #ILPPEDAS #TVET #TVETMalaysia #EmpoweringPeople

##AdvancingNation #LifelongLearning #SkillsMalaysia #JomMasukILPPEDAS

#jtmdihatiku

#kita@jtm

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐒 𝐊𝐄 𝐅𝐀𝐍𝐔𝐂 𝐌𝐄𝐂𝐇𝐀𝐓𝐑𝐎𝐍𝐈𝐂𝐒 (𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀)

20 Februari 2025| 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐝𝐚𝐬 yang diwakili oleh En. Mohd Edzrin Bin Abdul Aziz (KJEE), Pn. Rokayah Binti Yahya (KB Tek. Mekatronik) dan En. Othman Bin Abu Hassan (Unit CESS) telah mengadakan lawatan ke Syarikat Fanuc Mechatronics (Malaysia). Tujuan lawatan ini adalah untuk membuka ruang kerjasama antara 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐝𝐚𝐬 dan Syarikat Fanuc Mechatronics.

Pihak 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐝𝐚𝐬 telah melihat secara lebih dekat peralatan-peralatan yang dikeluarkan oleh Syarikat Fanuc Mechatronics, antaranya Fanuc CNC Controller dan Fanuc Arm Robot. Pihak 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐝𝐚𝐬 juga telah didedahkan dengan perisian-perisian yang digunakan oleh Syarikat Fanuc Mechatronics.

Kedua-dua belah pihak juga telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan lebih lanjut berkenaan perkongsian kepakaran industri kepada para pengajar dan pelajar 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐝𝐚𝐬 selepas ini. Diharapkan kerjasama ini dapat diperkembangkan dan diteruskan pada masa hadapan.

“Empowering Skills, Igniting Futures”

“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

#KSM #JTM #ILJTM #ILPPEDAS #TVET #TVETMalaysia #EmpoweringPeople

##AdvancingNation #LifelongLearning #SkillsMalaysia #JomMasukILPPEDAS

#jtmdihatiku

#kita@jtm

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐄𝐤𝐬𝐩𝐥𝐨𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐏𝐋𝐊𝐍 𝟑.𝟎

19/2/2025| ILP Pedas telah mengadakan Promosi Pengambilan Pelajar pada 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐄𝐤𝐬𝐩𝐥𝐨𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐏𝐋𝐊𝐍 𝟑.𝟎 yang diadakan di MJII, Beranang, Selangor. Aktiviti ini telah mendedahkan pelatih-pelatih PLKN 3.0 dengan peluang-peluang latihan TVET di ILP Pedas khususnya dan ILJTM umumnya.

“𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔”

“𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏”

#KSM #JTM #ILJTM #ILPPEDAS

#TVET #TVETMalaysia

#EmpoweringPeople

#AdvancingNation

#LifeLongLearning

#SkillsMalaysia

#JomMasukILPPEDAS

#Jompergimosojid

#jheains

Skip to content