Perhimpunan Bulanan Kakitangan ILP Pedas Bersama Pengarah

Perhimpunan Bulanan Kakitangan ILP Pedas Bersama Pengarah bagi bulan Disember telah diadakan pada 21 hb. Disember 2023. Perhimpunan ini diadakan di dewan Auditorium ILP Pedas dan diterajui oleh Bengkel Teknologi Kimpalan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Public Speaking yang dikendalikan oleh Cikgu Ahmad Sallehudin sebagai speaker dengan tajuk “Bagaimana Perbezaan Kita Membuatkan Kita Unik?”.

Kelab KKDS juga turut serta dimana Pengerusi KKDS En. Wan Azman sudi memberi sumbangan kepada kakitangan ILP Pedas.

Puan Pengarah memeriahkan majlis dengan memberi ucapan sepatah dua kata dan turut sudi menyampaikan Sijil-sijil kepada kakitangan yang terlibat didalam aktiviti-aktiviti ILP Pedas dan juga kegiatan EKSA.

Kursus Pengurusan Stress

Last Updated on December 20, 2023 by Tc Isyammudin

Satu Kursus Pengurusan Stress telah diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas pada 20 Disember 2023. Kursus ini dianjurkan oleh ILP Pedas. Peserta seramai dua puluh (20) orang pekerja dari Syarikat RuffnTuff Sdn Bhd, Pedas.

Pengisian kursus adalah mengenai punca stress, cara menangani stress di tempat kerja dan mengenal personaliti diri. Panel terdiri daripada pegawai ILP Pedas sendiri yang terdiri daripada Ustazah Masitah Binti Ismail, Encik Kumaresan A/L Govindasamy dan Puan Normala Binti Zulkefli.

Kursus ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Puan Pengarah ILP Pedas Puan Ts. Suhaila binti Abdul Samad disamping sudi memberi cenderahati kepada peserta kursus.

Suratkhabar Sin Chew Daily 17 Disember 2023

Last Updated on December 20, 2023 by Tc Isyammudin

𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐕𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚-𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞-𝟐 – 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐝𝐚𝐬

Karnival Pendidikan Vokasional China-Malaysia ke-2 yang berlangsung selama tiga hari dari 11 – 13 Disember 2023, telah diberi kehormatan oleh kunjungan daripada 27 wakil dari 14 institusi pengajian tinggi teknikal dan vokasional China. Mereka mengunjungi Institut Latihan Perindustrian Pedas untuk memahami pengurusan, persekitaran pembelajaran, melawat bengkel dan makmal latihan institut.

Institusi pengajian China memberikan pujian kepada peralatan pemesinan mekanikal yang dimiliki oleh Institut Latihan Perindustrian Pedas, yang dianggap memenuhi keperluan industri. Institusi China berharap menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan kerjasama dengan institut TVET Malaysia. Dalam menyambut persahabatan China dan Malaysia yang ke-50 pada tahun hadapan, dijangka kerjasama antara China dan Malaysia dalam bidang pendidikan vokasional akan menjadi lebih meluas dengan usaha bersama.

Selain daripada melawat Institut Latihan Perindustrian Pedas, institusi pengajian China turut berkongsi perlaksanaan sistem pendidikan vokasional mereka, termasuk Tang International Education, Politeknik Dongguan, Institut Kemahiran Tianjin Bohai dan Institut Pengangkutan Guangdong. Karnival ini mempromosikan pertukaran pengetahuan, kemahiran profesional, pengalaman dan peluang latihan yang dapat memperkuat lagi pendidikan vokasional.

Karnival ini turut dihadiri oleh 32 institut latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, secara atas talian dan bawah talian, memacu kerjasama vokasional antara China dan Malaysia. Semua aktiviti ini mendapat sokongan daripada Kedutaan Besar China di Malaysia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan dan Latihan Vokasional China, serta Persatuan Pekerja Mahir Kebangsaan Malaysia.

Karnival Pendidikan Vokasional China – Malaysia Kali ke – 2 Di Institut Latihan Perindustrian Pedas

Last Updated on December 27, 2023 by Tc Isyammudin

Karnival Pendidikan Vokasional China-Malaysia ke-2 yang berlangsung selama tiga hari dari 11 – 13 Disember 2023, telah diberi kehormatan oleh kunjungan daripada 27 wakil dari 14 institusi pengajian tinggi teknikal dan vokasional China. Mereka mengunjungi Institut Latihan Perindustrian Pedas untuk memahami pengurusan, persekitaran pembelajaran, melawat bengkel dan makmal latihan institut pada 12 Disember 2023.

Institusi pengajian TVET China memberikan pujian kepada peralatan pemesinan mekanikal yang dimiliki oleh Institut Latihan Perindustrian Pedas, yang dianggap memenuhi keperluan industri. Institusi China berharap menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan kerjasama dengan institut TVET Malaysia. Dalam menyambut persahabatan China dan Malaysia yang ke-50 pada tahun hadapan, dijangka kerjasama antara China dan Malaysia dalam bidang pendidikan vokasional akan menjadi lebih meluas dengan usaha bersama.

Tetamu dari China turut dialu-alukan dengan persembahan Silat dan Tarian Tradisional daripada pelajar ILP Pedas.

Selain daripada melawat Institut Latihan Perindustrian Pedas, institusi pengajian TVET China turut berkongsi perlaksanaan sistem pendidikan vokasional mereka, termasuk Tang International Education, Politeknik Dongguan, Institut Kemahiran Tianjin Bohai dan Institut Pengangkutan Guangdong. Karnival ini mempromosikan pertukaran pengetahuan, kemahiran profesional, pengalaman dan peluang latihan yang dapat memperkuat lagi pendidikan vokasional.

Karnival ini turut dihadiri oleh 32 institut latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, secara atas talian dan bawah talian, memacu kerjasama vokasional antara China dan Malaysia. Semua aktiviti ini mendapat sokongan daripada Kedutaan Besar China di Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia.

Lawatan Sambil Belajar SMK Bahau

Last Updated on December 27, 2023 by Tc Isyammudin

Lawatan Sambil Belajar SMK Bahau ke ILP Pedas pada 7 Disember 2023. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 5 dan diiringi oleh 4 orang pengajar mengikuti lawatan ini.

Pelajar-pelajar diberikan taklimat berkaitan dengan kemasukan ke ILP Pedas dan dibawa lawatan ke bengkel latihan.

Pelajar-pelajar tertarik dengan program yang diadakan di ILP Pedas dan membantu mereka membuat perancangan sambung belajar pada masa akan datang.

Kursus kemahiran ICT

Last Updated on December 27, 2023 by Tc Isyammudin

Kursus Kemahiran ICT telah diadakan bagi 18 orang peserta dari Madrasah Tahfiz As-Solihin, Jalan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan selama 2 hari pada 5 – 6 Disember 2023.
Kursus ini mengkhusus kepada pelajaran Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint bagi peserta memahirkan diri menggunakan perisian tersebut.

Sesi Perkongsian Kerjaya Bersama Air Asia Berhad

Last Updated on December 27, 2023 by Tc Isyammudin

Sesi Perkongsian Kerjaya oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Encik Riad Asmat telah berjaya dilaksanakan dan disampaikan kepada pelajar-pelajar semester akhir ILP Pedas pada 30 November 2023 bertempat di Auditorium ILP Pedas.

Objektif program adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap dunia pencarian kerjaya sekaligus meningkatkan keyakinan diri untuk memasuki industri.
Satu perkongsian yang sangat hebat serta memberi manfaat dan motivasi kepada semua pelajar-pelajar. Terima kasih yang tidak terhingga En. Riad Asmat!!

Skip to content