
๐๐๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐๐ฅ ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐จ๐ค๐๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐๐ก๐ข๐ง๐-๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐ค๐-๐ โ ๐๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ ๐๐๐ญ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข๐๐ง ๐๐๐๐๐ฌ
Karnival Pendidikan Vokasional China-Malaysia ke-2 yang berlangsung selama tiga hari dari 11 โ 13 Disember 2023, telah diberi kehormatan oleh kunjungan daripada 27 wakil dari 14 institusi pengajian tinggi teknikal dan vokasional China. Mereka mengunjungi Institut Latihan Perindustrian Pedas untuk memahami pengurusan, persekitaran pembelajaran, melawat bengkel dan makmal latihan institut.
Institusi pengajian China memberikan pujian kepada peralatan pemesinan mekanikal yang dimiliki oleh Institut Latihan Perindustrian Pedas, yang dianggap memenuhi keperluan industri. Institusi China berharap menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan kerjasama dengan institut TVET Malaysia. Dalam menyambut persahabatan China dan Malaysia yang ke-50 pada tahun hadapan, dijangka kerjasama antara China dan Malaysia dalam bidang pendidikan vokasional akan menjadi lebih meluas dengan usaha bersama.
Selain daripada melawat Institut Latihan Perindustrian Pedas, institusi pengajian China turut berkongsi perlaksanaan sistem pendidikan vokasional mereka, termasuk Tang International Education, Politeknik Dongguan, Institut Kemahiran Tianjin Bohai dan Institut Pengangkutan Guangdong. Karnival ini mempromosikan pertukaran pengetahuan, kemahiran profesional, pengalaman dan peluang latihan yang dapat memperkuat lagi pendidikan vokasional.
Karnival ini turut dihadiri oleh 32 institut latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, secara atas talian dan bawah talian, memacu kerjasama vokasional antara China dan Malaysia. Semua aktiviti ini mendapat sokongan daripada Kedutaan Besar China di Malaysia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan dan Latihan Vokasional China, serta Persatuan Pekerja Mahir Kebangsaan Malaysia.