Ceramah Ramadan 1445H – Puasa & Kita

ILP PEDAS dengan kerjasama Surau As Sakinah telah mengadakan ceramah secara dalam talian bertajuk Puasa & Kita sempena bulan Ramadan 1445H. Ceramah tersebut disampaikan oleh Ustazah Masitah binti Ismail dan telah dihadiri seramai 400 peserta dari pelbagai agensi.

CSR Wira Kesuma ILP Pedas 2024

Sempena menyambut Ramadan Kareem 1445H, yang bakal tiba, team Wira Kesuma ILP Pedas berganding bahu dengan rakan strategik dari Pejabat Agama Islam Daerah Rembau, khasnya, JHEAINS amnya, bersama komuniti kariah masjid, bergotong royong membersihkan Masjid Kundur Tengah, Rembau.

Program CSR ini telah berjalan dengan lancar pada 5 March 2024, melibatkan 35 org pelajar dan kakitangan ILP Pedas. Team ILP Pedas bertungkus lumus membersihkan kawasan dalam dan persekitaran masjid. Gotong royong ini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwwah, bahkan dapat mendekatkan anak- anak remaja menjadi rakan masjid.

#Jompergimasjid

Kursus “Coding With Zoom Bit”

Teknologi Mekatronik telah menjalankan kursus “Coding With Zoom Bit” kepada Kanak-kanak Rumah Kebajikan Vivekandar Rembau. Peserta seramai 15 orang telah didedahkan dengan cara memasang dan memprogramkan Robot Zoom Bit. Program telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Program In-House Training: Tatacara Mengenal Pasti Kerosakan

Kursus mengenalpasti kerosakan peralatan Siri 1 selama 3 hari (5-6 Mac 2024) di ILP Pedas yang dikendalikan oleh tenaga pengajar ILPKT. Pengajar-pengajar ILP Pedas yang terlibat adalah dari bidang kimpalan, fabrikasi logam dan pembuatan.

Beberapa mesin dan peralatan berjaya diperbaiki sepanjang pelaksanaan kursus ini. Terima kasih kepada Pengarah ILP Kuala Terengganu, Encik Kamaludin Bin Tomiran dan tenaga pengajar ILPKT atas sumbangan dalam menjayakan program ini.

Tarikh : 5 – 7 Mac 2024

Pengajar : Encik Azmi bin Mustafa & Encik W.Hamda bin W.Hussin

Peserta : 17 orang yang terdiri daripada Pengajar & kakitangan ILP Pedas

Pertandingan CITEC Melaka

Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) anjuran Jabatan Tenaga Manusia (JTM) tahun 2024 telah diadakan pada tahun ini dianjurkan oleh ADTEC Melaka bermula pada 6 – 7 Mac 2024.

Tema bagi Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) JTM 2024 ialah: Kelestarian Inovasi, Teras Kemajuan TVET Madani.

Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) JTM 2024 ini diadakan bagi memilih projek yag berpotensi untuk diketengahkan dan dicalonkan ke pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Oleh itu, pertandingan ini diadakan berdasarkan objektif-objektif berikut: –
i. Membudayakan inovasi mesra pengguna berkaitan Environmental, Social and Governance (ESG) dan Teknologi Hijau melalui galakkan terhadap pengembangan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JTM;
ii. Menyediakan platform saringan yang menilai kesediaan projek inovasi berkonsepkan Environmental, Social and Governance (ESG) dan Teknologi Hijau berdasarkan novelty serta nilai komersial;
iii. Memperkembangkan potensi, kemahiran dan kebolehan penciptaan dikalangan pengajar dan pelajar dalam membuat kajian terkini;
iv. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek; dan.
v. Mempromosi dan memartabatkan JTM melalui penyertaan pertandingan berprestij di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seterusnya.

Institut Latihan Perindustrian Pedas telah menghantar wakil didalam pertandingan ini. Penyertaan terdiri daripada 43 orang pelajar dan dibantuselia oleh 8 orang pegawai.
Antara bidang yang disertai adalah Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas), Teknologi Mekatronik, Teknologi Pembuatan, Teknologi CADD Senibina, CADD Mekanikal, Teknologi Kimpalan dan Teknologi Telekomunikasi.

Teknologi Fabrikasi Logam ILP Pedas telah menyertai pertandingan tersebut dengan projek bernama Easy Ceiling Fan Cleaning.

Teknologi Mekatronik telah menyertai pertandingan tersebut dengan Projek LIAZ Press Bin. Projek tersebut disertai oleh 5 orang pelajar Mekatronik Sem2 dangan Penyelaras projek Pn Rohani Abdullah. Projek tersebut telah memenagi pingat Gangsa.

Lawatan Penanda Aras Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Lepasan Tahfiz Kerajaan Negeri Sembilan

Lawatan Penanda Aras Program TVET Tahfiz Kerajaan Negeri Sembilan ke CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Melaka telah diadakan pada 29 Februari 2024. ILP Pedas dan institusi latihan TVET di Negeri Sembilan dijemput turut sertai dalam lawatan penanda aras tersebut.

Institusi TVET telah diberikan penerangan bagi pelaksanaan pengambilan pelajar Tahfiz di Melaka dan tempoh latihan serta penganugerahan sijil yang diberikan.

Majlis Ceramah Israk Mikraj Peringkat ILP Pedas

Majlis Ceramah Israk Mikraj Peringkat ILP Pedas telah diadakan pada Rabu 28 Februari 2024 bertempat di Surau As-Sakinah ILP Pedas. Penceramah jemputan Ustaz Mohd Hapizi bin Mohamad Ali, Pengetua Sekolah Menengah Agama Hj Mohd Yatim dijemput sebagai penceramah utama.

Majlis ini bertujuan memperingati perjalan Baginda Rasulullah dimana,

  • Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Al-Aqsa di Palestin.
  • Mikraj pula adalah perjalanan Baginda SAW dari langit pertama sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT.

Majlis ini dijayakan AJK Surau As-Sakinah.

Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Tajuk.

Kandungan

Kursus Basic Drone Handling

Seramai 11 orang pengajar telah menyertai Kursus Basic Drone Handling pada 15 – 16 Februari 2024.
 
Antara kandungan kursus:
– Pengenalan Drone
– Peraturan Drone
– Prosedur Pra-Penerbangan dan Keselamatan
– Cara Pemasangan Drone
– Pengendalian Drone Secara Praktikal
– Kemahiran Penerbangan
– Kemahiran Kawalan Ruang Udara
– Kemahiran Pendaratan

Majlis Gotong Royong Bersama Penduduk Kampung Orang Asli Ulu Chembong

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐆𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠 𝐑𝐨𝐲𝐨𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 𝐔𝐥𝐮 𝐂𝐡𝐞𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠

Program CSR Wira Kesuma JTM 2024, sempena 100 hari Menteri Sumber Manusia 2024, anjuran peringkat ILP Pedas. Seramai 15 orang pelajar dan 7 orang pengajar telah menyertai Majlis Gotong Royong Surau An Nadzim dan memasak bersama Penduduk Kampung Orang Asli Ulu Chembong yang dianjurkan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Daerah Rembau pada 17 Februari 2024.

Antara aktiviti bergotong royong para pelajar dan pegawai pengiring bergotong royong memasak makanan tengahari untuk orang kampung dan tetamu. Turut diadakan juga pertandingan mewarna dan ceramah Israk Mikraj oleh Ustaz Ahmad Daud Bin Leman.

Program CSR ini bukan sahaja dapat merapatkan silaturrahim, tetapi dapat membina jatidiri pelajar menjadi agen perubahan dalam masyarakat satu hari nanti.

Skip to content