𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐤𝐚𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟑

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Encik Kamarul Nizam Bin Mohamad bersama pelajar-pelajarnya iaitu Nur Muhammad Izzudin Bin Supian, Muhammad Afief Bin Azizi, Adam Farish Bin Nasarudin dan Ayriel Pasha Bin Harifana daripada Bengkel Teknologi Telekomunikasi di atas kejayaan yang membanggakan semasa Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional 2023 yang telah diadakan pada 18 – 19 Oktober 2023 yang lepas.

Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional 2023 merupakan program inovasi yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia bertujuan untuk mengetengahkan inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar dan ahli akademik fakulti dan institusi pengajian tinggi, serta guru dan pensyarah di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.

Projek inovasi yang bertajuk UTP CABLE SMART CONVERTER tersebut telah memenangi PINGAT PERAK bagi kategori Pelajar IPT/IPTS/ILK/KV.

Semoga terus cemerlang!

G.E.G.A.S.I. Ke Pentas Dunia

G.E.G.A.S.I. KE PENTAS DUNIA

15 Oktober 2021 (Jumaat) - Isyammudin Ismail

Buat julung-julung kalinya ILP Pedas akan menyertai 46th International Convention On Quality Control Circles – 2021 (ICQCC-2021) di Hyderabad, India yang dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) and Quality Circle Forum of India (QCFI).

Pertandingan ini bakal berlangsung pada 24 hingga 27 November 2021 dimana persembahan dan pembentangan projek akan dilaksanakan atas talian.

Team G.E.G.A.S.I yang terdiri daripada pengajar Bengkel Kimpalan serta beberapa pengajar ILP Pedas yang lain telah bertungkus lumus menyiapkan projek mereka yang bertajuk Deteoration of Student Achievement in Perform Visual Welding Inspection On Welded Joint Module and Welder Qualification Test.

Projek yang dibangunkan merupakan alat bantu pengajaran dan pembelajaran bagi mengenalpasti kecacatan dalam bidang kimpalan secara visual dan interaktif dimana para pelajar dapat lebih memahami dan memberi perhatian terhadap kemahiran yang dipelajari.

SEMOGA BERJAYA TEAM G.E.G.A.S.I ILP PEDAS!