Sesi perbincangan kerjasama strategik antara ILP Pedas dan Samsung SDI Energy Malaysia telah diadakan pada 24 April 2024 di SDIEM. Antara skop perbincangan:
1. Program pengiktirafan dan peningkatan kompetensi tenaga kerja mahir di Samsung SDIEM melalui kaedah SLDN dan PPT.
2. ā Program laluan kerjaya bagi pekerja Samsung di peringkat SKM, DKM dan ijazah.
3. ā Program sangkutan industri tenaga pengajar dan pelajar ILP Pedas di Samsung SDIEM.
Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, YBrs. Encik Shakib Bin Ahmad Shakir dan Timbalan Ketua Pengarah, YBrs. Ts. Kamaruzaman Bin Haji Md Ali ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Chembong pada 16 April 2024.
Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Dr Norhuda binti Salim, Pengarah ADTEC Melaka, Ts Suhaila binti Abdul Samad, Pengarah ILP Pedas dan pegawai-pegawai lain dari ADTEC dan ILP.
Lawatan ini telah disambut oleh Haji Khairul Anuar bin Haji Deni, Pengarah bersama TPBPL dan TPHEP serta Ketua Jabatan Automotif IKTBN Chembong bersama pegawai IKTBN Chembong.
Lawatan ini adalah bertujuan melihat peluang kerjaya melalui jurusan teknologi semburan cat kenderaan NEV yang mana IKTBN Chembong telah ditawarkan peluang kerjaya bersama Go Auto yang akan beroperasi pada 2024 bersebelahan IKTBN Chembong.
Lawatan ini juga meningkatkan kepada perkongsian kepakaran dalam bidang tersebut dalam mengembangkan bakat pelajar dan pegawai dalam Pertandingan World Skills akan datang.
Satu perbincangan telah diadakan bersama NexV Manufacturing Sdn Bhd bersama ILP Pedas dan IKTBN Chembong pada 29 Mac 2024.
Perbincangan ini susulan daripada Majlis Pecah Tanah dan pembinaan kilang baru NexV Manufacturing Sdn Bhd di Chembong, Negeri Sembilan.
Kilang baru dijangka akan beroperasi pada Ogos 2024. Sasaran pengambilan pekerja baru terdiri daripada kalangan pelajar ILP Pedas dan IKTBN Chembong bagi bidang Mekatronik dan Automatif.
Diharapkan proses pengambilan pekerja baru dijalankan dengan lancar dan kilang beroperasi mengikut perancangan jadual.
ILP PEDAS dengan kerjasama Surau As Sakinah telah mengadakan ceramah secara dalam talian bertajuk Puasa & Kita sempena bulan Ramadan 1445H. Ceramah tersebut disampaikan oleh Ustazah Masitah binti Ismail dan telah dihadiri seramai 400 peserta dari pelbagai agensi.
Sempena menyambut Ramadan Kareem 1445H, yang bakal tiba, team Wira Kesuma ILP Pedas berganding bahu dengan rakan strategik dari Pejabat Agama Islam Daerah Rembau, khasnya, JHEAINS amnya, bersama komuniti kariah masjid, bergotong royong membersihkan Masjid Kundur Tengah, Rembau.
Program CSR ini telah berjalan dengan lancar pada 5 March 2024, melibatkan 35 org pelajar dan kakitangan ILP Pedas. Team ILP Pedas bertungkus lumus membersihkan kawasan dalam dan persekitaran masjid. Gotong royong ini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwwah, bahkan dapat mendekatkan anak- anak remaja menjadi rakan masjid.
Teknologi Mekatronik telah menjalankan kursus “Coding With Zoom Bit” kepada Kanak-kanak Rumah Kebajikan Vivekandar Rembau. Peserta seramai 15 orang telah didedahkan dengan cara memasang dan memprogramkan Robot Zoom Bit. Program telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
Kursus mengenalpasti kerosakan peralatan Siri 1 selama 3 hari (5-6 Mac 2024) di ILP Pedas yang dikendalikan oleh tenaga pengajar ILPKT. Pengajar-pengajar ILP Pedas yang terlibat adalah dari bidang kimpalan, fabrikasi logam dan pembuatan.
Beberapa mesin dan peralatan berjaya diperbaiki sepanjang pelaksanaan kursus ini. Terima kasih kepada Pengarah ILP Kuala Terengganu, Encik Kamaludin Bin Tomiran dan tenaga pengajar ILPKT atas sumbangan dalam menjayakan program ini.
Tarikh : 5 ā 7 Mac 2024
Pengajar : Encik Azmi bin Mustafa & Encik W.Hamda bin W.Hussin
Peserta : 17 orang yang terdiri daripada Pengajar & kakitangan ILP Pedas