Program Muafakat ke arah Memperkasa TVET di Institut Latihan Perindustrian Pedas bersama Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah sekitar Negeri Sembilan

Program ini telah dihadiri oleh seramai 145 orang Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah sekitar Negeri Sembilan pada 13 Jun 2024.

Program ini telah dirasmikan oleh En Mohd Wazir bin Hamzah – Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mewakili Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Terima kasih ke atas kehadiran semua. Semoga program ini membawa manfaat kepada semua sekolah dan pelajar-pelajar.

National Innovation Competition in Education 2024

Jutaan Tahniah & Syabas kepada TEAM ILP PEDAS atas pencapaian yang cemerlang dalam NICE 2024 yang berlangsung pada 27-28 APRIL 2024 di ILP KOTA BHARU.

PROJEK INOVASI:

1. i-DEFECT – Anugerah Platinum & Pingat Emas🥇 (Bengkel Teknologi Kimpalan)

2. Pembelajaran Pintar eDigital Menggunakan Sistem Kod QR – Pingat Gangsa🥉 (Bengkel Teknologi CADD Mekanikal)

Syabas sekali lagi! Semoga pencapaian ini menjadi sumber inspirasi kepada warga ILP Pedas untuk terus menuju kecemerlangan.

Lawatan Sambil Belajar SMK Bahau

Lawatan Sambil Belajar SMK Bahau ke ILP Pedas pada 7 Disember 2023. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 5 dan diiringi oleh 4 orang pengajar mengikuti lawatan ini.

Pelajar-pelajar diberikan taklimat berkaitan dengan kemasukan ke ILP Pedas dan dibawa lawatan ke bengkel latihan.

Pelajar-pelajar tertarik dengan program yang diadakan di ILP Pedas dan membantu mereka membuat perancangan sambung belajar pada masa akan datang.

Skip to content