Program Jangka Pendek KV Dato Seri Mohd Zin

Program Jangka Pendek - KV Dato Seri Mohd Zin

Tarikh dikemaskini : 27-05-2022
Dilaporkan Oleh: Tc. Isyammudin Bin Hj Ismail

Rembau, 24 Januari 2022 – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas telah menjalankan Program Jangka Pendek bersama KV Dato Seri Mohd Zin (KVDSMZ) yang bertempat di bengkel Teknologi Pembuatan (Pemesinan).

Program yang dijalankan ini bertujuan untuk memberi peluang latihan dan pendedahan kepada pelajar KVDSMZ secara praktikal didalam mengendalikan mesin Computer Numerical Control (CNC).

Pelajar-pelajar dari bengkel pemesinan KVDSMZ hadir untuk menjalani latihan pemesinan CNC yang diajar oleh pengajar berpengalaman En. Azuwan Bin Mohd Ariffin.

Program Jangka Pendek C-Pak Cergas Sdn Bhd

Program Jangka Pendek - C-Pak Cergas Sdn Bhd

Tarikh dikemaskini : 30 Oktober 2021
Dilaporkan Oleh: Tc. Isyammudin Bin Hj Ismail

Rembau, 29 Oktober 2021 – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas telah menjalankan Program Jangka Pendek bersama C-Pak Cergas Sdn Bhd yang bertempat di bengkel Teknologi Pembuatan (Pemesinan).

Program yang dijalankan ini bertujuan untuk memberi latihan khusus kepada peserta dari C-Pak Cergas Sdn Bhd. Latihan dijalankan secara praktikal didalam penghasilan lukisan teknikal menggunakan perisian AutoCAD.

Peserta-peserta dari C-Pak Cergas Sdn Bhd hadir untuk menjalani latihan lukisan CADD yang diajar oleh pengajar berpengalaman En. Hishamuddin Bin Shaari.

Program Jangka Pendek KV Ampangan

Program Jangka Pendek - KV Ampangan

Tarikh dikemaskini : 11 Mac 2021
Dilaporkan Oleh: Tc. Isyammudin Bin Hj Ismail

Rembau, 08 Mac 2021 – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas telah menjalankan Program Jangka Pendek bersama KV Ampang (KVA) yang bermula pada 08 Mac 2021 sehingga 09 Mac 2021 yang bertempat di bengkel Teknologi Pembuatan (Pemesinan).

Program yang dijalankan ini bertujuan untuk memberi peluang latihan dan pendedahan kepada pelajar KVA secara praktikal didalam mengendalikan mesin Computer Numerical Control (CNC).

Pelajar-pelajar dari bengkel pemesinan KVA hadir untuk menjalani latihan pemesinan CNC yang diajar oleh pengajar berpengalaman Pn. Noor Haslida Binti Yahaya.

Program Jangka Pendek KV Ampangan

Program Jangka Pendek - KV Ampangan

Tarikh dikemaskini : 05 Mac 2021
Dilaporkan Oleh: Tc. Isyammudin Bin Hj Ismail

Rembau, 03 Mac 2021 – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas telah menjalankan Program Jangka Pendek bersama KV Ampangan (KVA) yang dijalankan selama dua (2) hari bermula pada 03 Mac 2021 sehingga 04 Mac 2021 bertempat di bengkel Teknologi Pembuatan (Pemesinan).

Program yang dijalankan ini bertujuan untuk memberi peluang latihan dan pendedahan kepada pelajar KVA secara praktikal didalam mengendalikan mesin Computer Numerical Control (CNC).

Pelajar-pelajar dari bengkel pemesinan KVA hadir untuk menjalani latihan pemesinan CNC yang diajar oleh pengajar berpengalaman En. Hishamuddin Bin Shaari.