Karnival Pendidikan Vokasional China – Malaysia Kali ke – 2 Di Institut Latihan Perindustrian Pedas

Last Updated on December 27, 2023 by Tc Isyammudin

Karnival Pendidikan Vokasional China-Malaysia ke-2 yang berlangsung selama tiga hari dari 11 – 13 Disember 2023, telah diberi kehormatan oleh kunjungan daripada 27 wakil dari 14 institusi pengajian tinggi teknikal dan vokasional China. Mereka mengunjungi Institut Latihan Perindustrian Pedas untuk memahami pengurusan, persekitaran pembelajaran, melawat bengkel dan makmal latihan institut pada 12 Disember 2023.

Institusi pengajian TVET China memberikan pujian kepada peralatan pemesinan mekanikal yang dimiliki oleh Institut Latihan Perindustrian Pedas, yang dianggap memenuhi keperluan industri. Institusi China berharap menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan kerjasama dengan institut TVET Malaysia. Dalam menyambut persahabatan China dan Malaysia yang ke-50 pada tahun hadapan, dijangka kerjasama antara China dan Malaysia dalam bidang pendidikan vokasional akan menjadi lebih meluas dengan usaha bersama.

Tetamu dari China turut dialu-alukan dengan persembahan Silat dan Tarian Tradisional daripada pelajar ILP Pedas.

Selain daripada melawat Institut Latihan Perindustrian Pedas, institusi pengajian TVET China turut berkongsi perlaksanaan sistem pendidikan vokasional mereka, termasuk Tang International Education, Politeknik Dongguan, Institut Kemahiran Tianjin Bohai dan Institut Pengangkutan Guangdong. Karnival ini mempromosikan pertukaran pengetahuan, kemahiran profesional, pengalaman dan peluang latihan yang dapat memperkuat lagi pendidikan vokasional.

Karnival ini turut dihadiri oleh 32 institut latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, secara atas talian dan bawah talian, memacu kerjasama vokasional antara China dan Malaysia. Semua aktiviti ini mendapat sokongan daripada Kedutaan Besar China di Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia.

Skip to content