National Innovation Competition in Education 2024

Jutaan Tahniah & Syabas kepada TEAM ILP PEDAS atas pencapaian yang cemerlang dalam NICE 2024 yang berlangsung pada 27-28 APRIL 2024 di ILP KOTA BHARU.

PROJEK INOVASI:

1. i-DEFECT – Anugerah Platinum & Pingat Emas🥇 (Bengkel Teknologi Kimpalan)

2. Pembelajaran Pintar eDigital Menggunakan Sistem Kod QR – Pingat Gangsa🥉 (Bengkel Teknologi CADD Mekanikal)

Syabas sekali lagi! Semoga pencapaian ini menjadi sumber inspirasi kepada warga ILP Pedas untuk terus menuju kecemerlangan.

Kursus CNC Machining (Lathe) – KV Ampangan

Seramai 30 orang pelajar-pelajar dari Kolej Vokasional Ampangan mengikuti Kursus CNC Machining (Lathe) dari 22 hingga 25 April 2024.

Antara kandungan kursus adalah:

Fundamental of CNC Lathe Machine Operation

– Study detail drawing

– Select CNC Lathe Machine

– Set up workpiece

– Retrieve CNC program

– Setup cutting tools

– Execute CNC Lathe machine operation

– Inspect finish product

– Prepare product inspection report

Diharapkan kursus ini membantu pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran.

Perbincangan Kerjasama Strategik bersama Samsung SDI Sdn Bhd

Sesi perbincangan kerjasama strategik antara ILP Pedas dan Samsung SDI Energy Malaysia telah diadakan pada 24 April 2024 di SDIEM. Antara skop perbincangan:

1. Program pengiktirafan dan peningkatan kompetensi tenaga kerja mahir di Samsung SDIEM melalui kaedah SLDN dan PPT.

2. ⁠Program laluan kerjaya bagi pekerja Samsung di peringkat SKM, DKM dan ijazah.

3. ⁠Program sangkutan industri tenaga pengajar dan pelajar ILP Pedas di Samsung SDIEM.

Kursus Programmable Logic Controller (PLC) di bawah tajaan PERKESO Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal 2.0

Kursus Programmable Logic Controller (PLC) telah dijalankan dari 15 – 19 April 2024 bagi 2 orang peserta di bawah tajaan PERKESO Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal 2.0.

Kursus ini telah mempelajari:

-Identify Basic Components Of A PLC And Describe Their Functions.

-Create, Edit, Download, And Run PLC Programs.

Monitor Variable Values In Real Time In Program Execution.

-Interpret Simple Ladder Logic Programs.

-Effectively Write Basic And Intermediate Level PLC Programs.

-Perform Simple Debugging Of Programs.

-Provide Proper Documentation For Programs.

Kepada yang berminat, boleh mohon kursus ini di bawah tajaan PERKESO dalam link diberikan.

Link permohonan:

https://kerjayamadani.perkeso.gov.my
Skip to content