Karnival Pendidikan Vokasional China – Malaysia Kali ke – 2 Di Institut Latihan Perindustrian Pedas

Karnival Pendidikan Vokasional China-Malaysia ke-2 yang berlangsung selama tiga hari dari 11 – 13 Disember 2023, telah diberi kehormatan oleh kunjungan daripada 27 wakil dari 14 institusi pengajian tinggi teknikal dan vokasional China. Mereka mengunjungi Institut Latihan Perindustrian Pedas untuk memahami pengurusan, persekitaran pembelajaran, melawat bengkel dan makmal latihan institut pada 12 Disember 2023.

Institusi pengajian TVET China memberikan pujian kepada peralatan pemesinan mekanikal yang dimiliki oleh Institut Latihan Perindustrian Pedas, yang dianggap memenuhi keperluan industri. Institusi China berharap menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan kerjasama dengan institut TVET Malaysia. Dalam menyambut persahabatan China dan Malaysia yang ke-50 pada tahun hadapan, dijangka kerjasama antara China dan Malaysia dalam bidang pendidikan vokasional akan menjadi lebih meluas dengan usaha bersama.

Tetamu dari China turut dialu-alukan dengan persembahan Silat dan Tarian Tradisional daripada pelajar ILP Pedas.

Selain daripada melawat Institut Latihan Perindustrian Pedas, institusi pengajian TVET China turut berkongsi perlaksanaan sistem pendidikan vokasional mereka, termasuk Tang International Education, Politeknik Dongguan, Institut Kemahiran Tianjin Bohai dan Institut Pengangkutan Guangdong. Karnival ini mempromosikan pertukaran pengetahuan, kemahiran profesional, pengalaman dan peluang latihan yang dapat memperkuat lagi pendidikan vokasional.

Karnival ini turut dihadiri oleh 32 institut latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, secara atas talian dan bawah talian, memacu kerjasama vokasional antara China dan Malaysia. Semua aktiviti ini mendapat sokongan daripada Kedutaan Besar China di Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia.

Lawatan Sambil Belajar SMK Bahau

Lawatan Sambil Belajar SMK Bahau ke ILP Pedas pada 7 Disember 2023. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 5 dan diiringi oleh 4 orang pengajar mengikuti lawatan ini.

Pelajar-pelajar diberikan taklimat berkaitan dengan kemasukan ke ILP Pedas dan dibawa lawatan ke bengkel latihan.

Pelajar-pelajar tertarik dengan program yang diadakan di ILP Pedas dan membantu mereka membuat perancangan sambung belajar pada masa akan datang.

Kursus kemahiran ICT

Kursus Kemahiran ICT telah diadakan bagi 18 orang peserta dari Madrasah Tahfiz As-Solihin, Jalan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan selama 2 hari pada 5 – 6 Disember 2023.
Kursus ini mengkhusus kepada pelajaran Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint bagi peserta memahirkan diri menggunakan perisian tersebut.

Sesi Perkongsian Kerjaya Bersama Air Asia Berhad

Sesi Perkongsian Kerjaya oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Encik Riad Asmat telah berjaya dilaksanakan dan disampaikan kepada pelajar-pelajar semester akhir ILP Pedas pada 30 November 2023 bertempat di Auditorium ILP Pedas.

Objektif program adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap dunia pencarian kerjaya sekaligus meningkatkan keyakinan diri untuk memasuki industri.
Satu perkongsian yang sangat hebat serta memberi manfaat dan motivasi kepada semua pelajar-pelajar. Terima kasih yang tidak terhingga En. Riad Asmat!!

Program English 4 Skills Peringkat ILJTM Zon Tengah 2023

ILP Pedas telah dilantik menjadi tuan rumah Program English 4 Skills peringkat ILJTM Zon Tengah 2023 yang berlangsung pada 20 November 2023. Program ini mengetengahkan beberapa pertandingan seperti Mock Interview, Project Pitching dan Product Promotion, disertai oleh pelajar-pelajar dari institusi TVET seperti ILP Kuala Lumpur, ILP Kuala Langat, ADTEC Shah Alam, IKTBN Chembong dan KV Dato’ Lela Maharaja Rembau, selain tuan rumah sendiri ILP Pedas.

Majlis Penutup Program English 4 Skills peringkat ILJTM Zon Tengah 2023 telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Ts. Suhaila binti Abdul Samad, Pengarah ILP Pedas pada 21 November 2023 bertempat di Auditorium ILP Pedas. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang mengikut kategori seperti berikut:

𝐌𝐨𝐜𝐤 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐯𝐢𝐞𝐰

Champion – ILP Pedas

1st Runner Up – ILP KL

2nd Runner Up – ADTEC Shah Alam

𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐢𝐭𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠

Champion – ADTEC Shah Alam

1st Runner Up – ILP Pedas

2nd Runner Up – KV Dato’ Lela Maharaja

𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐜𝐭 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐭𝐢𝐨𝐧

Champion – KV Dato’ Lela Maharaja

1st Runner Up – ILP Kuala Langat

2nd Runner Up – ADTEC Shah Alam

Sijil Penghargaan Program Kolaborasi Bersama KWSP

Tahniah ILP Pedas telah menerima Sijil Penghargaan bagi Program Kolaborasi semperna Majlis Apresiasi Majikan dan Agensi Kerajaan anjuran KWSP Negeri Sembilan pada 6 November 2023 bertempat di Royale Chulan Hotel Seremban.

Antara kolaborasi yang dijalankan:
a. Ceramah Caruman KWSP pelajar semester akhir
b. Ceramah Caruman KWSP staf dan kakitangan
c. Kaunter KWSP Bergerak
d. Pendaftaran Caruman Sukarela

Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional 2023

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Encik Kamarul Nizam Bin Mohamad bersama pelajar-pelajarnya iaitu Nur Muhammad Izzudin Bin Supian, Muhammad Afief Bin Azizi, Adam Farish Bin Nasarudin dan Ayriel Pasha Bin Harifana daripada Bengkel Teknologi Telekomunikasi di atas kejayaan yang membanggakan semasa Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional 2023 yang telah diadakan pada 18 – 19 Oktober 2023 yang lepas.

Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional 2023 merupakan program inovasi yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia bertujuan untuk mengetengahkan inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar dan ahli akademik fakulti dan institusi pengajian tinggi, serta guru dan pensyarah di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.

Projek inovasi yang bertajuk UTP CABLE SMART CONVERTER tersebut telah memenangi PINGAT PERAK bagi kategori Pelajar IPT/IPTS/ILK/KV.

Semoga terus cemerlang!

Lawatan Sambil Belajar Ke Kolej Vokasional Yantai, Republik Rakyat China

Program Lawatan Sambil Belajar ke Yantai Vocational College, Republik Rakyat China yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Tuan Shakib Bin Ahmad Shakir telah disambut kedatangan dengan hormatnya oleh Pihak Pengurusan Tertinggi Yantai Vocational College dan Tang International Education Group.

Program Lawatan Sambil Belajar ke Yantai Vocational College, Republik Rakyat China dari 24 hingga 31 Oktober 2023. Lawatan ini disertai oleh 14 orang pelajar ILJTM dan 2 orang pengajar ILP Pedas. Tujuan lawatan ini memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kelebihan menyambung pelajaran di Yantai Vocational College. Para pelajar dibawa melawat bengkel dan makmal di Yantai Vocational College yang mempunyai saiz dan teknolog sebenar seperti di industri.

Diharapkan aktiviti memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar ILJTM dan Yantai Vocational College.

Skip to content